$1.70 $4.52 You save 62% ($2.82)
KENAPA LELAKI MENIPU? Sukar untuk dijelaskan kerana terlalu ramai lelaki yang tidak jujur kepada pasangannya, sekaligus ia memberi gambaran bahawa tugas untuk mencari lelaki yang boleh dipercayai bukan satu kerja yang mudah. Dengan segala kelebihan yang dimiliki seperti ego yang tinggi, kuasa yang hampir mutlak, struktur fizikal yang sasa, peluang dan ruang yang lebih terbuka, otak yang lebih licik dan sebagainya, menyebabkan mereka boleh berubah watak pada bila-bila masa. Lelaki lurus bendul boleh bertukar menjadi kaki auta nombor satu, yang lembut dan sopan boleh bertukar menjadi buas, ganas dan kasar. Mereka mempunyai bekal yang cukup untuk menjadi pelakon yang baik. Mereka juga mempunyai terlalu banyak ruang dan cara untuk menyusup masuk dan menyelinap keluar. Buku ini menyingkap persoalan sebenar kenapa lelaki menipu seseorang itu menipu melainkan ada sebab dan akibat yang memungkinkan mereka bertindak sedemikian. Kenalilah lelaki jenis ini, ketahuilah punca dan ikutilah cara untuk mengatasinya. Anda pasti tidak rugi bahkan dapat mengenali SIAPA LELAKI SEBENAR.
ISBN | 9789679068436 |
Categories | BUY8 |
Publisher | BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online) |
Weight | 0.15 kg |